Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SMK TAMAN SUTERA


Kami warganegara Program Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir
Program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan.


Ke arah itu, kami berikrar untuk:

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
  • Menentukan khidmat guru dan pembantu pengurusan murid dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap klien yang berurusan dengan kami.
  • Menentukan urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
  • Memastikan bahawa setiap murid yang berkeperluan khas mendapat perkhidmatan yang diperlukan.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
  • Bersedia untuk menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi dan kecermerlangan akademik.