Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha ynag berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan, berupaya , beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk individu dengan keperluan khas.
- Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada individu dengan keperluan khas.
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri pelajar-pelajar khas.
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan terkini.
Visi
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Misi
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.